PEMAIN BOLING KPS TERUS MAJU
Amirrul menerima trofi tempat ke-3 daripada Zhou Ging Xiong, Pengurus Pasukan Persatuan Boling China
9 Mei 2014: Muhammad Amirrul Afif, pemain boling Selangor di bawah tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, telah berjaya menduduki tempat ke-3 dalam "Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-37" dalam kategori lelaki bergred yang telah diadakan di Sunway Mega Lanes
Kejohanan ini telah disertai oleh 39 orang pemain boling dari Sabah, Sarawak, China, India, Singapura dan Indonesia.
Amirrul telah berjaya menjatuhkan 2105 pin, 40 pin di belakang pemain tempat pertama dari negara China yang memperoleh 2145 pin.
Pada bulan April 2014, Amirrul telah berjaya mendapat tempat pertama dalam "Rebutan Gred 369 Ampang Super Bowl 2014" dengan jumlah pin sebanyak 2327. Perlawanan ini yang telah diadakan di Ampang Super Bowl, Summit, USJ disertai oleh 30 orang pemain.
Pada tahun ini, Amirrul juga telah berjaya memasuki kategori Lelaki Bergred Akhir Malaysia Tertutup dan Lelaki Bergred Kejohanan Ampang Superbowl.
"Kami akan terus menyokong Amirrul dan rakan-rakan lain yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk menjuarai kejohanan lain yang akan datang" kata Raja Haji Idris Raja Kamarudin, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.