Thursday, 27 August 2015

Piala Dato' Mokhtar Dahari Cungkil Bakat Pemain Remaja Selangor

Shah Alam, 27 Ogos 2015: Jawatankuasa Induk Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Petaling Utama dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari kali ke-2 bermula 5 September hingga 4 Oktober 2015.

Majlis Penyerahan Piala Dato’ Mokhtar Dahari ke bawah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj kepada Pengerusi Kejohanan YBhg Dato' Emran Kadir bertempat di Istana Kayangan, Shah Alam pagi ini.

siaran akhbar mokhtar dahari 27Ogos15

Piala Dato’ Mokhtar Dahari sumbangan DYMM Sultan Selangor

Piala berkenaan adalah sumbangan peribadi Sultan Selangor sebagai tanda sokongan dan mahu melihat kemajuan bola sepak negeri ini. Untuk makluman, 28 tahun lalu, ketika baginda menjadi Raja Muda, baginda telah menyumbangkan sebuah piala yang kini menjadi rebutan pasukan bola sepak sekolah–sekolah rendah di Daerah Petaling. Kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda.

Piala berkenaan adalah sumbangan peribadi Sultan Selangor sebagai tanda sokongan dan mahu melihat kemajuan bola sepak negeri ini. Untuk makluman, 28 tahun lalu, ketika baginda menjadi Raja Muda, baginda telah menyumbangkan sebuah piala yang kini menjadi rebutan pasukan bola sepak sekolah–sekolah rendah di Daerah Petaling. Kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda.

“Matlamat utama kejohanan adalah untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat pemain remaja bola sepak untuk diserap sebagai pelapis pasukan Negeri Selangor. Justeru itu, atas nasihat DYMM Sultan Selangor, jawatankuasa pengelola berusaha keras memperluaskan kejohanan kali ini ke seluruh daerah negeri Selangor”, tambah YBhg Dato’ Emran.

Sekolah-sekolah yang layak bertanding di kejohanan ini adalah terdiri daripada pasukan terbaik ketika berlangsungnya kejohanan bola sepak Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah (MSSD) awal tahun ini.

Kejohanan akan dimulakan dengan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih di antara pasukan tuan rumah SMK Seksyen 9 Shah Alam menentang juara 2014 iaitu SMK La Salle Petaling Jaya pada 5 September 2015. (Jadual semua perlawanan dilampirkan)

Di majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyaksikan upacara penyampaian cek sumbangan bernilai RM250,000 oleh Perangsang Selangor sebagai penaja utama Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari dan Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor kepada Pengerusi Kejohanan.

siaran akhbar mokhtar dahari 27Ogos15 2

Mustaffa Kamil Ayub (dua dari kanan), Ahli Lembaga Pengarah Perangsang Selangor menyerahkan cek tajaan kepada DYMM Sultan Selangor

Hadiah menarik menanti empat pasukan terbaik kejohanan di mana johan akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 berserta medal dan piala pusingan. Naib johan RM7,000 beserta medal. Tempat ke-3 RM5,000 mana kala tempat ke-4 RM3,000 beserta medal dan sijil. Lapan pasukan yang layak ke peringkat suku akhir juga akan menerima sepasang jersi tajaan Kumpulam Perangsang.

“Saya bagi pihak jawatankuasa pengelola serta seluruh peserta kejohanan ingin menjunjung kasih kepada DYMM Sultan yang begitu mengambil berat tentang bola sepak di negeri ini. Jutaan terima kasih juga kepada Perangsang Selangor yang sudi menjadi penaja utama kejohanan. Begitu juga kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi kerajaan, khususnya Jabatan Pendidikan Selangor dan Polis Diraja Malaysia yang memberikan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung”, kata YBhg Dato’ Emran.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Hashim Anang
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
T: 012-6916231