Wednesday, 24 October 2018
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Rangkul Anugerah Hr asia 2018 Sebagai Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia
Ketua Pegawai Eksekutif, Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan (kanan) menerima anugerah daripada Penerbit Bersekutu, Business Media International, Rozita Shuib (kiri).
PETALING JAYA, 24 Oktober 2018 - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS") barubaru ini telah menerima anugerah di atas keupayaan mewujudkan kecemerlangan tempat kerja dan mempromosikan penglibatan pekerja yang lebih besar di bawah kategori Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia, Edisi Malaysia di Majlis Anugerah HR Asia 2018. Majlis anugerah tesebut telah diadakan di Hotel New World di sini pada 12 Oktober 2018, dengan kehadiran lebih daripada 500 wakil korporat dan pengamal Sumber Manusia (HR) dari seluruh negara.
HR Asia merupakan penerbitan yang paling berwibawa untuk profesional kanan HR di rantau ini.
Anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 anjuran HR Asia dinilai oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar industri, akademik, wartawan dan wakil kerajaan berdasarkan Laporan Kajian Input Pekerja (EIS) HR Asia dan Kajian Tempat Kerja dan Penglibatan Pekerja (WEES) HR Asia. Pada tahun ini, seramai 9,972 pekerja dari 310 syarikat Malaysia dan syarikat multinasional telah memberikan maklum balas terhadap tinjauan itu.
"Kejayaan sebuah syarikat adalah bergantung kepada keberkesanan pekerja, dan kami bangga kerana mempunyai sebuah pasukan dan bakat-bakat terbaik. KPS telah diberi penghormatan dan terpilih sebagai penerima Anugerah HR Asia yang merupakan bukti terhadap komitmen dalam mewujudkan budaya produktiviti dan kesaksamaan untuk aset yang paling berharga, iaitu pekerja kami", kata Ahmad Fariz Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif KPS.
“Langkah seterusnya, KPS akan meneruskan usaha dalam mempertingkatkan piawaian prestasi di dalam Kumpulan dimana kami percaya hasil produk kecemerlangan tempat kerja dan aspek penglibatan pekerja positif akan diberikan tumpuan”.
KPS turut memupuk penglibatan pekerja positif di semua peringkat melalui pelbagai aktiviti penglibatan kakitangan, menunjukkan amalan terbaik dalam penglibatan pekerja dan kecemerlangan tempat kerja di rantau ini, yang merangkumi peluang yang sama dengan menggunakan, membangun dan memberi ganjaran berdasarkan prestasi, meritokrasi dan keadilan.
Tahun lepas, KPS merupakan penerima Anugerah Perak untuk Anugerah Pilihan Majikan 2017 (Sektor Swasta) oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM), badan tunggal dan bebas di Malaysia yang memperakui pengamal Sumber Manusia di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan (tengah), Pengarah Sumber Manusia, Ahmad Rosly Ahiar (ke-3 dari kanan) bersama pasukan Sumber Manusia KPS.
About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)
Diperbadankan pada bulan Ogos 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS" atau "Kumpulan") adalah syarikat liabiliti terhad awam yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Kumpulan mempunyai portfolio pelaburan bervariasi dengan aset yang terlibat dalam Pembuatan, Perdagangan, Pelesenan, Infrastruktur dan Utiliti, Minyak dan Gas serta Telekomunikasi. Perangsang Selangor komited untuk memberi sumbangan besar kepada pembangunan modal insan, intelektual dan pembangunan mampan, sementara memperkukuh perniagaan utamanya untuk mengoptimumkan pulangan bagi para pemegang sahamnya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi