Wednesday, 27 April 2022
KPS Mempersembah RM2.35 Juta Zakat Perniagaan Kepada DYMM Sultan Selangor
- Bayaran zakat salah satu tanggungjawab KPS, usaha ke arah pembangunan kemasyarakatan.
- Sumbangan diharap dapat membantu golongan asnaf keluar daripada kategori asnaf.
Shah Alam, Malaysia, 27 April 2022 – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS" atau "Syarikat" atau "Kumpulan", Bursa: 5843; Bloomberg: KUPS MK; Reuters: KPSB.KL) hari ini menyampaikan RM2,350,000 zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (“LZS”) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai Ketua Agama Islam Selangor, dalam satu upacara yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan KPS daripada Yang Berhormat Dato’ Haris Bin Kasim, Pengerusi KPS.
“Bayaran zakat perniagaan kepada LZS, yang merupakan salah satu usaha dalam membentuk pembangunan kemasyarakatan negeri, adalah salah satu tanggungjawab KPS, sebuah syarikat korporat yang memacu ekonomi negeri Selangor ke suatu tahap yang lebih baik melalui aktiviti-aktiviti pelaburannya. Sumbangan zakat ini diharapkan dapat memberi impak positif yang berganda bersasar demi membantu pembangunan sosio-ekonomi ahli-ahli komuniti di seluruh negeri Selangor terutamanya bagi golongan asnaf,” kata Yang Berhormat Dato’ Haris Bin Kasim.
KPS percaya pembayaran zakat ini dapat memanfaatkan golongan asnaf yang telah dikenalpasti oleh LZS melalui program-program yang telah dirangka dalam membantu golongan asnaf untuk keluar daripada kategori asnaf. Di samping membantu pembangunan komuniti melalui pembayaran zakat seperti ini, KPS juga turut memperkasakan program-program kepada golongan asnaf melalui penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang berteraskan pembangunan pendidikan, keusahawanan, dan kebajikan masyarakat, tambah beliau lagi.
Sepanjang lima tahun lepas sejak 2017, KPS telah membayar hampir RM8 juta kepada LZS dan ramai golongan asnaf telah menerima manfaat daripada sumbangan zakat ini.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dan Encik Ahmad Fariz Bin Hassan, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif KPS.
-- End --
About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)
Incorporated on 11 August 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS” or “the Company” or “the Group”) is an investment holding company listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad under the Industrial Products & Services Sector. KPS has core investments in the Manufacturing sector. While enhancing shareholder value by optimising returns, KPS is committed to contributing toward sustainable economic, environmental, and social development.
For media enquiries, please contact: