Tuesday, 14 June 2022

KPS & Anak-anak Syarikat Lafaz & Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

  • Ikrar Bebas Rasuah satu usaha untuk memastikan warga kerja lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas.
  • Benteng menghalang warga KPS daripada terjerumus ke dalam kancah rasuah.

Shah Alam, Malaysia, 14 Jun 2022 – Bagi memelihara integriti dan membuktikan kewibawaan organisasi, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS" atau "Syarikat" atau "Kumpulan", Bursa: 5843; Bloomberg: KUPS MK; Reuters: KPSB.KL) hari ini telah menzahirkan komitmen dan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras salah laku jenayah rasuah dan salah guna kuasa khususnya dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor. KPS melalui Jabatan Integriti & Governans dan SPRM Negeri Selangor, telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (“IBR”) yang telah diadakan di Shah Alam Convention Center (SACC) melibatkan seramai 70 kakitangan syarikat bermula seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 1 tengahari.

Majlis tersebut berjalan lancar dengan pengisian program pengukuhan integriti yang disampaikan oleh pegawai SPRM iaitu ”Awareness of SPRM Act” dan ”Seksyen 17(A) Akta SPRM 2018” oleh Tuan Azuan Bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Selangor. Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan KPS berkenaan rasuah dan salah guna kuasa serta liabiliti korporat yang mana telah dikuatkuasakan pada bulan Jun 2020 yang lalu.

Majlis IBR tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Fariz Hassan (“Encik Fariz”), Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan bersama-sama warga KPS dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias Bin Salim, Pengarah, (SPRM) Negeri Selangor dan Yang Berhormat Dato Haris Kasim, Pengerusi KPS. IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM dalam memberi penekanan kepada para kepimpinan dan kakitangan KPS dalam memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan masing-masing.

    IBR yang ditandatangani:
  1. Meletakkan tanggungjawab kepada warga KPS dan anak-anak syarikatnya agar:
  2. Menjadi amaran dan peringatan kepada kakitangan agar menjauhi rasuah;
  3. Menjamin pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan;
  4. Menzahirkan akujanji kepada komitmen kakitangan dalam pembanterasan rasuah;
  5. Menjadi bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah; dan
  6. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah laku kuasa.

Encik Fariz dalam ucapannya menjelaskan bahawa KPS merupakan sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti perniagaannya berpaksikan lima nilai-nilai utama, iaitu Pride, Respect, Integrity, Discipline dan Extra-Mile. Kelima-lima nilai utama ini merupakan langkah awal KPS untuk memastikan warganya terus menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti. Komitmen KPS ini akan menjadi lebih kukuh dan utuh melalui usaha melafaz dan menandatangani ikrar ini. Tambah beliau, dengan terpaterinya ikrar ini, KPS berharap ia akan menjadi benteng yang kukuh untuk menghalang warganya daripada terjerumus ke dalam kancah rasuah yang boleh menjejaskan reputasi syarikat malah mampu melemahkan institusi keluarga, masyarakat dan merosakkan keharmonian negara.

Beliau mengharapkan jalinan kerjasama strategik di antara KPS dan SPRM ini dapat diperkukuhkan lagi pada masa hadapan melalui program-program kesedaran dan latihan demi menjamin kesejahteraan rakyat, ekonomi dan negara.

-- End --

About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)

Incorporated on 11 August 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS” or “the Company” or “the Group”) is an investment holding company listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad under the Industrial Products & Services Sector. KPS has core investments in the Manufacturing sector. While enhancing shareholder value by optimising returns, KPS is committed to contributing toward sustainable economic, environmental, and social development.


For media enquiries, please contact:

Zul Mawardi
Investor Relations, Sustainability & Communications
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
T: +603 5524 8444