Friday, 26 October 2018
Kejohanan Piala Raja Muda Selangor Medan Cungkil Bakat Pemain Remaja
Pemain dan jurulatih SK Seksyen 24 meraikan kemenangan Piala Sumbangsih setelah menewaskan SRAI Seksyen 19 dengan jaringan 1-0
SHAH ALAM, 22 Oktober 2018: Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor edisi ke31 tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) yang telah bermula pada 22 Oktober 2018 di Sekolah Seksyen (SK) 24 lalu merupakan medan terbaik bagi mencungkil bakat baharu pemain bola sepak bawah 12 tahun negeri Selangor.
Pengerusi Kejohanan, Dato’ Emran Kadir berkata, “Kejohanan Piala Raja Muda merupakan cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Matlamat utama kejohanan adalah untuk menggilap bakat anak-anak muda dari peringkat akar umbi agar mereka mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi di dalam bola sepak”.
“Pemain-pemain yang telah dikenal pasti mempunyai potensi berpeluang diserap ke sekolah sukan di Selangor untuk mendapatkan latihan dan bimbingan sewajarnya”, tambah Dato’ Emran.
Dato’ Ikmal (dua dari kanan) diiringi oleh Dato;’ Emran (kanan) ketika diperkenalkan kepada pemain-pemain
Kejohanan masih mengekalkan penglibatan seramai 576 pemain daripada 32 pasukan iaitu 20 sekolah rendah mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana dan 12 sekolah dari PPD Petaling Utama. Pasukan-pasukan terbahagi kepada 8 kumpulan melalui proses undian.
Perlawanan akan berlangsung secara liga dimana 2 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua seterusnya ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan kemuncak adalah perlawanan akhir. Perlawanan akhir dijangka akan berlangsung pada 15 November 2018.
Perangsang Selangor masih kekal muncul sebagai penaja utama kejohanan buat kali ke-6 berturut-turut dengan tajaan berjumlah RM100,000 bagi setiap kejohanan. Piala Raja Muda merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Perangsang Selangor di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS) bertujuan menyediakan platfom pembangunan sukan bola sepak di mana atlet berbakat berpeluang untuk diserap sebagai pemain skuad pelapis dan belia di negeri Selangor.
Johan Piala Raja Muda Selangor bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM4,000, piala, pingat dan sijil, manakala naib johan RM3,000, tempat ketiga dan keempat masingmasing akan menerima RM2,000 dan RM1,000 beserta pingat dan sijil. Selain itu, lapan pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan menerima jersi tajaan Perangsang Selangor.
Pemain SRAI Seksyen 19 (jersey merah) cuba melepasi pemain pertahanan SK Seksyen 24 (jersey oren)
Pada perlawanan pembuka tirai Piala Sumbangsih, tuah berpihak kepada pasukan tuan rumah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 24 yang berjaya menumpaskan juara edisi lalu Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 dengan satu gol (1) tanpa balas. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Muhaimin Bin Ahmad Khairi pada minit ke-32 separuh masa kedua. Majlis penyampian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Ahli Lembaga Pengarah, Perangsang Selangor.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi