Sunday, 28 February 2021

Kumpulan Perangsang Selangor catat prestasi kewangan 2020 lebih RM1 bilion

SHAH ALAM, 28 FEB: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) mencatat perolehan berjumlah RM1.1 bilion pada tahun kewangan 2020 sekali gus merealisasikan pencapaian baharu syarikat.

Prestasi kewangan itu adalah 24 peratus lebih tinggi berbanding hasil RM8.66.9 juta dicatat pada tahun kewangan 2019.

KPS berkata perolehan suku keempat berakhir 31 Disember meningkat kepada RM318.6 juta berbanding RM297.2 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Ia menunjukkan kejayaan syarikat mengimbangi keputusan taktikal untuk membangunkan daya tahan operasi serta kewangan di samping kekal fokus matlamat jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut KPS, perniagaan pembuatan mencatat pertumbuhan 14 peratus tahun ke tahun dengan menyumbang 86 peratus perolehan atau RM273.2juta berbanding RM239.5 juta pada suku sama tahun lepas.

“Perniagaan dalam sektor ini diwakili Toyoplas Manufacturing (M) Sdn Bhd, Century Bond Bhd, CPI (Penang) Sdn Bhd dan King Koil Manufacturing West LLC.

Kumpulan itu berkata perniagaan infrastruktur yang diwakili Smartpipe Technology Sdn Bhd dan KPS-HCM mencatat prestasi perlahan.

“Smartpipe hanya menyumbang RM0.7 juta menerusi perolehan projek penggantian paip Air Selangor manakala KPS-HCM tiada projek baharu,” katanya.

Selain itu KPS memaklumkan baki perolehan sebanyak RM2.3 juta adalah hasil pegangan pelaburan dan pelaburan hartanah terutama pendapatan sewa bersih di Summit Hotel KL City Center.

Sementara itu Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Fariz Hassan berkata ketersediaan vaksin Covid-19 dijangka mendorong kebangkitan ekonomi global apabila banyak syarikat mula menyesuaikan operasi dengan norma baharu.

“Justeru tumpuan syarikat adalah kepada pemulihan serta menyusun strategi untuk berkembang dengan memanfaatkan kemungkinan baharu untuk memastikan kumpulan terus memperkukuh prospek untuk meningkatkan keuntungan,”katanya.

antage of the Group’s underlying fundamentals for potential success as we head into the new business reality,” he said.

https://selangorkini.my/2021/02/kumpulan-perangsang-selangor-catat-prestasi-kewangan-2020-lebih-rm1-bilion/