Wednesday, 26 September 2018
Singgah Mesra Perangsang Selangor Pupuk Semangat Patriotik
Mohd Fauzi (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang diiringi oleh Pengetua SMK Seksyen 19, Roslawati Hashim (kiri) dan Penyair Negara, Cikgu Ahmad Sarju (kanan)
SHAH ALAM, 26 September 2018 - Program Singgah Mesra Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 sempena sambutan bulan kemerdekaan dilihat mencapai objektif untuk memupuk elemen dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan.
Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam, Media & CSR, Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, sambutan yang diterima dalam kalangan pelajar juga sangat menggalakkan apabila lebih 300 pelajar turut terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan.
"Ini adalah siri ketiga program Singgah Mesra Perangsang Selangor yang mana inisiatif ini kita lakukan untuk lebih dekat dengan masyarakat dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.
"Kali ini kita singgah di SMK Seksyen 19, antara sekolah yang mempunyai pelajar yang paling ramai di daerah Petaling, kita lakukan beberapa aktiviti sempena bulan kemerdekaan dan sambutan hari malaysia, antaranya termasuklah nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak serta pertandingan menghias bilik darjah bertemakan kemerdekaan.
Antara peserta yang menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik
"Di samping itu, kita turut menyalurkan sumbangan kepada 40 pelajar yang kurang berkemampuan selain sumbangan kepada pihak sekolah sendiri," katanya.
Selain pertandingan nyanyian lagu patriotik dan deklamasi sajak, kakitangan Perangsang Selangor dan pelajar juga terlibat dengan aktiviti gotong-royong mengecat dua buah gazebo, menanam pokok buah-buahan selain dihiburkan oleh selebriti tempatan iaitu Ewal (AF).
Sementara itu, mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata penganjuran program seumpama ini diharap mampu membentuk jati diri dan karakter positif dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kakitangan Perangsang Selangor dan pelajar SMK Seksyen 19 bergotong-royong mengecat wakaf di sekolah berkenaan
"Kita mahu pelajar-pelajar ini, sebagai bakal pemimpin masa depan agar mereka mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan terbuka. Kita tidak mahu pemikiran mereka dijajah oleh anasir-anasir luar yang negatif”.
"Selain itu kita juga mahu menanamkan elemen-elemen pengorbanan, perjuangan dan mendaulatkan bangsa dan negara kepada mereka agar mereka mempunyai asas dan semangat patriotik yang kukuh di masa depan," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi