Thursday, 23 March 2017
Perangsang Selangor Dan LHDNM Shah Alam Jayakan Kempen Derma Darah
23 MAC 2017: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dengan kerjasama Kelab Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Shah Alam telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Ceramah Kesihatan yang telah berlangsung di Lobi Plaza Perangsang, Shah Alam.
Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam Media dan CSR Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata program yang pertama kali diadakan telah mendapat sambutan diluar jangkaan apabila seramai kira-kira 240 pengunjung termasuk kakitangan dan orang ramai telah hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini.
“Kami juga telah melepasi sasaran awal apabila berjaya mengumpul sebanyak 62 pain darah bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan serta menambah simpanan tabung darah di Pusat Darah Negara”, jelasnya.
Depan kiri: Suzila Khairuddin (Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan, Perangsang Selangor) turut memberi sokongan dengan menderma darah.
“Kempen ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti berbentuk ‘Employee Engagement’ (penglibatan pekerja) di mana ianya bertujuan untuk menggalakkan kakitangan untuk samasama menjayakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat selain mengumpul mata untuk direkodkan di dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) masing-masing”, tambah Mohd Fauzi.
Selain kempen derma darah, ceramah kesihatan berkaitan tabiat pemakanan turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada kakitangan serta orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan.
Dr Hafiz Sulaiman berkongsi tips penjagaan kesihatan menerusi amalan pemakanan sihat.
Ceramah bertajuk ‘Pemakanan Zaman Moden dan Implikasinya Terhadap Kesihatan’ yang telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Perubatan Doktor-doktor Islam Malaysia, Dr Hafiz Sulaiman turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Kakitangan LHDNM Shah Alam, Azmi Mohamed.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi