Sunday, 15 September 2019

Perangsang Selangor Dan CBB Tanam 100 Pokok Menerusi Program Eco Frenz

JOHOR BAHRU, 15 September 2019 - Sebanyak 100 pokok ditanam menerusi program Eco Frenz anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dan Century Bond Bhd (CBB) di Taman Bunga Raya, Larkin, Johor Bahru. Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Komuniti Perangsang Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar melibatkan projek penanam semula pokok di kawasan bandar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Perangsang Selangor, Suzila Khairuddin berkata, projek tanaman yang melibatkan pelbagai spesis pokok seperti Ketapang, Semarak Api, Jancaranda dan Bunga Raya itu ditanam khusus untuk menghijaukan taman rekreasi awam dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

"Sebagai badan korporat yang bertanggungjawab, Kumpulan Perangsang Selangor sentiasa komited dalam memastikan kelestarian di dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial. Justeru, program pendidikan alam sekitar Eco Frenz dilaksanakan khusus untuk semua masyarakat di sini menerusi penglibatan CBB, iaitu anak syarikat yang terlibat dalam sektor pembuatan pembungkusan bersepadu berasaskan kertas yang beroperasi di Senai.”

Menurut Suzila, lebih 100 sukarelawan dan pengunjung telah terlibat menjayakan program tersebut termasuk kakitangan Perangsang Selangor dan CBB, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jabatan Alam Sekitar, Kelab Media Johor, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta komuniti setempat.

"Usaha menjaga alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan dalam memastikan kawasan hutan bandar di negeri ini terus terpelihara dan kekal untuk tatapan generasi akan datang. Pokok-pokok juga penting agar ekosistem tidak terganggu serta dapat mengelakkan kejadian banjir atau tanah runtuh. Selain itu, kami mahu masyarakat lebih peka terhadap kesan pencemaran dan menerapkan budaya ‘3R’ iaitu Reduce, Reuse dan Recycle menerusi aktiviti Eco-Xplorace yang diadakan.”

“Kita akan datang memantau semula dalam tempoh enam bulan selepas ini dan menyasarkan 90 peratus kejayaan menerusi projek ini," ujarnya.

Sementara itu Suzila berkata, pihaknya merancang untuk terus melaksanakan program penjagaan alam sekitar bagi mengurangkan kesan kemusnahan akibat pencemaran dan berharap penglibatan lebih ramai ramai anak muda di masa akan datang.

"Melalui aktiviti seperti ini, kita boleh memastikan mesej kesedaran itu dapat sampai lebih jauh. Aktiviti pendidikan kesedaran juga perlu sentiasa diteruskan. Selepas ini, kami akan membina lebih banyak kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan rangkaian untuk memastikan pendidikan alam sekitar ini berterusan," jelasnya.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua, MBJB, YB Dato' Amran A Rahman diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perangsang Selangor, Suzila Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Century Bond Bhd, Jason Philip Hendroff, dan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar.

Di majlis yang sama, Perangsang Selangor turut menyumbang sebanyak 10 tong sampah bagi kemudahan komuniti setempat serta pengunjung taman tersebut.

Tamat

Mengenai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)

Diperbadankan pada 11 Ogos 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("Perangsang Selangor") adalah syarikat liabiliti terhad awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah sektor Produk Industri & Perkhidmatan. Perangsang Selangor mempunyai pelaburan teras di dalam sektor Pembuatan serta perniagaan di dalam sektor Perdagangan, Pelesenan dan Infrastruktur. Selain mengukuhkan perniagaan kami untuk mengoptimumkan pulangan, Perangsang Selangor komited untuk memberikan sumbangan penting kepada pembangunan mampan dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial untuk faedah semua pihak berkepentingan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Fauzi Mohd Ghazali
Pengarah Bersekutu
Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategik
E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
M: 012-672 3632