Saturday, 15 June 2019

SMK Dato' Harun Rangkul Piala Sumbangsih Kejohanan Bola Sepak Piala Dato' Mokhtar Dahari 2019

Press Release 15Jun19 (final)

Barisan jurulatih dan pemain pasukan SMK Dato' Harun bersama Piala Sumbangsih yang dimenangi

AMPANG JAYA, 19 Jun 2019: Perlawanan pembuka tirai Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari menyaksikan pasukan B-18 tahun SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang telah berjaya menewaskan pasukan SMK Tinggi Kajang dengan jaringan satu (1) gol tanpa balas sekaligus merangkul Piala Sumbangsih buat julung kali pada edisi ke-6 kejohanan tersebut.

Mohamad Firdaus Amir Nordin, pemain tengah SMK Dato’ Harun muncul wira setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-49 separuh masa kedua perlawanan.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari yang telah bermula pada 15 Jun 2019, menyaksikan 576 pemain bola sepak bawah 18 tahun yang mewakili 32 pasukan dari sembilan daerah seluruh Selangor berentap bagi merebut kejuaraan kali ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), YBhg Dato’ Abdul Hamid Hussain dan disaksikan oleh Pengerusi Kejohanan, YDH Dato’ Emran Kadir bertempat di padang Stadium MPAJ, Kuala Lumpur.

Dato’ Emran menjelaskan, “Matlamat utama kejohanan adalah untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu pemain bola sepak remaja agar dapat diketengahkan sebagai pemain negeri seterusnya mengembalikan kegemilangan pasukan Selangor dalam arena bola sepak Malaysia.”

“Kejohanan edisi 2019 masih mengekalkan penglibatan sekolah-sekolah dari 10 pejabat pendidikan daerah seluruh Selangor yang telah terpilih melalui Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) yang telah berakhir pada awal Mei lalu”, tambah beliau.

Perlawanaan akhir dijangka akan berlangsung pada 12 Julai 2019 jam 8.00 malam bertempat di Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), USJ 5 Subang Jaya.

Hadiah menarik menanti empat pasukan terbaik di mana johan akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 berserta pingat, sijil, piala iringan dan piala pusingan. Naib johan, RM7,000 berserta pingat dan sijil. Tempat ke-3, RM5,000 manakala tempat ke-4, RM3,000 berserta pingat dan sijil. Selain itu, terdapat juga anugerah pemain terbaik, penjaring gol terbanyak, penjaga gol terbaik serta pasukan penyokong terbaik yang akan ditawarkan di kejohanan tersebut.

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad kekal selaku penaja utama kejohanan dengan tajaan berjumlah RM150,000 buat kali ke-6 berturut-turut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014. Sempena kejohanan kali ini penganjur turut mengelola klinik bola sepak yang dikendalikan oleh Unit Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memberi pendedahan awal serta pengalaman kepada pemain bola sepak remaja.

Press Release 15Jun19 (final) 2

Aksi mencemaskan di kawasan pintu gol pasukan SMK Dato’ Harun ketika perlawanan berlangsung

About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)

Diperbadankan pada 11 Ogos 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("Perangsang Selangor") adalah syarikat liabiliti terhad awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah sektor Produk Industri & Perkhidmatan. Pelaburan Perangsang Selangor tertumpu kepada empat sektor teras iaitu Pembuatan, Perdagangan, Pelesenan dan Infrastruktur. Selain mengukuhkan perniagaan kami untuk mengoptimumkan pulangan, Perangsang Selangor komited untuk memberikan sumbangan penting kepada pembangunan mampan dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial untuk faedah semua pihak berkepentingan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Mohd Fauzi Mohd Ghazali
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
012-672 3632