Sunday, 13 October 2019
Perangsang Selangor dan CPI Penang Sdn Bhd Memberi Pendedahan Berkenaan Kitar Semula dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Pulau Pinang
PERANGSANG SELANGOR DAN CPI PENANG SDN BHD MEMBERI PENDEDAHAN BERKENAAN KITAR SEMULA DAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PANTAI TELUK BAYU, SUNGAI BATU, PULAU PINANG
SUNGAI BATU, PULAU PINANG, 13 Oktober 2019 – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dengan kerjasama CPI (Penang) Sdn Bhd menganjurkan program “Mengharmonikan Alam Semula Jadi” di kawasan Pantai Teluk Bayu di Sungai Batu, Pulau Pinang.
Seramai 150 orang sukarelawan dari pelbagai latar belakang hadir menjayakan program ini termasuklah daripada kakitangan Perangsang Selangor dan CPI, wakil-wakil Persatuan Nelayan Sungai Batu, para pelajar Universiti Sains Malaysia, wakil dari Jabatan Alam Sekitar dan masyarakat setempat di Sungai Batu dan sekitarnya.
Pengarah Bersekutu, Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategik, Perangsang Selangor, Encik Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, “Sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian di dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial, maka program “Mengharmonikan Alam Semula Jadi” ini adalah bukti kesungguhan dan komitednya Perangsang Selangor dalam usaha memelihara dan memulihara alam semula jadi”.
“Pendedahan berkenaan penjagaan alam sekitar melalui amalan kitar semula dan pengasingan sisa pepejal kepada masyarakat di Sungai Batu terutamanya generasi muda dan para nelayan merupakan langkah paling berimpak dan memberi kesan baik jangka panjang dalam menjamin masa hadapan yang lebih sihat dan bebas dari sebarang pencemaran yang semakin hari semakin membimbangkan malah memberi ancaman buruk kepada hidupan yang lain terutamanya habitat di kawasan perairan”.
"Usaha menjaga alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan dalam memastikan kawasan perairan di kawasan ini terus terpelihara dan kekal untuk tatapan generasi akan datang. Kebersihan pantai amat penting agar ekosistem tidak terganggu serta dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain itu, kami mahu masyarakat lebih peka terhadap kesan pencemaran dan menerapkan budaya ‘3R’ iaitu Reduce, Reuse dan Recycle menerusi aktiviti Eco-Xplorace yang diadakan.”
"Melalui aktiviti seperti ini, kita boleh memastikan mesej kesedaran itu dapat sampai lebih jauh. Aktiviti pendidikan kesedaran juga perlu sentiasa diteruskan”.
“Kita juga meletakkan sasaran agar Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu di masa hadapan akan menjadi kawasan industri perikanan yang berkembang pesat, malah boleh dikunjungi oleh rakyat Malaysia dan para pelancong dari luar negara. Turut juga dikenali sebagai antara kawasan yang menjaga habitat haiwan-haiwan terancam melalui amalan penjagaan kebersihan kawasan di sekitarnya”. " jelasnya
Perangsang Selangor telah menyerahkan 10 unit tong sampah kepada wakil penduduk Sungai Batu bagi kemudahan komuniti setempat mengamalkan pengasingan sisa pepejal dan kitar semula. Di majlis yang sama, Perangsang Selangor juga turut menyumbang 50 unit Mangkuk Tingkat kepada nelayan-nelayan yang terpilih.
Selain itu, penganjuran program ini juga dapat mengukuhkan hubungan strategik di antara Perangsang Selangor dan CPI dan sentiasa menyambut baik dan menyokong programprogram seumpama ini yang memberi manfaat dalam penjagaan alam sekitar
Tamat
Mengenai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)
Diperbadankan pada 11 Ogos 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("Perangsang Selangor") adalah syarikat liabiliti terhad awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah sektor Produk Industri & Perkhidmatan. Perangsang Selangor mempunyai pelaburan teras di dalam sektor Pembuatan serta perniagaan di dalam sektor Perdagangan, Pelesenan dan Infrastruktur. Selain mengukuhkan perniagaan kami untuk mengoptimumkan pulangan, Perangsang Selangor komited untuk memberikan sumbangan penting kepada pembangunan mampan dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial untuk faedah semua pihak berkepentingan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: