Friday, 14 July 2017
Program ‘Sukan Untuk Semua' RSS Sasar 8,000 Penyertaan
Suzila (tengah), bersama pengendali dan pelaksana program „Sukan Untuk Semua‟ Rangsangan Sukan Selangor 2017.
Shah Alam, 14 JULAI‟17: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) akan melaksanakan program „Sukan Untuk Semua‟ di bawah Rangsangan Sukan Selangor (RSS) 2017 dengan menyasarkan sejumlah 8,000 penyertaan di dalam 8 jenis sukan iaitu badminton, boling, skuasy, renang, bola sepak, berbasikal, sepak takraw dan memanah.
Ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian bersama pengendali dan pelaksana program „Sukan Untuk Semua‟, Ketua Pegawai Operasi, Perangsang Selangor, Suzila Khairuddin berkata, “Di atas sambutan yang amat menggalakkan serta peningkatan penyertaan di antara 10%-15% setiap tahun (sejak 2014), program Sukan Untuk Semua akan diteruskan pada tahun ini dengan tumpuan diberikan terhadap golongan terpinggir terutama Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, anak yatim dan pelajar orang asal di seluruh Selangor”.
“Bagi melaksakan program tersebut, Perangsang Selangor telah melantik 8 penyedia latihan iaitu J World Sports, JAB Bowling Academy, Kelab Skuasy Elit Astaka, Supersharkz Swim School, Munro Sports, Clever Speda, Kelab Masyarakat Bola Rotan dan Kelab Memanah Alpha Brothers dengan melibatkan tajaan bernilai RM1.37 juta”, jelas beliau.
Suzila (dua dari kiri) menyerahkan dokumen perjanjian kepada Mark Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Supersharkz Swim School.
Matlamat utama program antara lain adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, ia juga bertujuan menanamkan minat dan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di Selangor untuk mempelajari ilmu sukan.
”Program „Sukan Untuk Semua‟ telah berjaya menarik sejumlah 13,873 penyertaan daripada pelbagai golongan menerusi 105 program yang telah dilaksanakan di seluruh negeri Selangor sejak 2014. Jumlah tersebut termasuk penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor untuk pelajar bawah 12 tahun dan Kejohanan Bola Sepak Piala Dato‟ Mokhtar Dahari bagi pelajar bawah 18 tahun”, tambah Suzila.
Sehingga kini, Perangsang Selangor telah membelanjakan dana berjumlah RM5.05 juta khusus untuk RSS termasuk program pembangunan sukan, pembangunan pasukan elit dan „Sukan Untuk Semua‟,
Tamat
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi