Friday, 16 June 2017
Perangsang Selangor Santuni 38 Asnaf Sempena Ramadan
SHAH ALAM, 16 Jun 207 – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dan anak-anak syarikat telah menyerahkan bantuan zakat bernilai RM83,672.92 kepada 38 penerima terdiri golongan asnaf fisabilillah dan fakir miskin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan kali ini.
Ketika merasmikan Majlis Penyerahan Semula 3/8 Zakat Siri Ke-3 2015, Ketua Pegawai Operasinya, Suzila Khairuddin berkata penyerahan bantuan zakat adalah kepada 30 pelajar universiti yang kurang kemampuan dan 8 asnaf fakir miskin termasuk ibu tunggal.
"Tahun lepas, Perangsang Selangor telah menjelaskan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor dengan jumlah RM686,861.13. Penyerahan zakat hari ini merupakan siri ketiga pengagihan semula 3/8 zakat perniagaan yang bernilai sebanyak RM257,572.92", jelas Suzila.
“Selain bertujuan untuk menampung kos pembelajaran pelajar-pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, bantuan zakat ini diharap dapat mengurangkan beban serta membantu mereka menjalani ibadah puasa disamping membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi”
Sehingga kini, seramai 85 golongan asnaf telah menerima bantuan zakat bernilai RM207,572.92 daripada tiga siri program agihan zakat yang telah dianjurkan Perangsang Selangor sejak bulan Januari’17.
Dalam pada itu, di Majlis Iftar dan Bayaran Zakat Perniagaan 2017 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor di Wisma PKPS Shah Alam, Perangsang Selangor turut menjelaskan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM150,000.00. Penyerahan cek telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Perangsang Selangor, Suzila Khairuddin kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa.
Issued for and on behalf of KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD by Aquilas Advisory (Malaysia) Sdn Bhd. For media enquiries, please contact:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi